Blogku Mengalami Krisis Identity :’(

22 Sep 2008 In: News @ Mizha2u |

Saya ingin memaklumkan blog mizha2u ini dalam proses rebranding oleh kerana terdapat beberapa masalah yang telah dikenalpasti sebelum ini. Jadi proses ini akan mengambil masa yang belum diketahui lagi tempohnya. Nantikan kemunculan semula blog ini di masa akan datang - Yoshz

Designing = Pengalaman + Ilmu

7 Aug 2008 In: Graphic @ Mizha2u |

Hari ini saya cuma nak share sedikit info mengenai designing, baru-baru ni saya ada mencuba design satu logo untuk web Yesbos Resources di forum WangCyber. Owner Yesbos ni ada request untuk forumer design logo and dia akan pilih mana logo yang menarik untuk dijadikan official logo bagi web beliau ni. Alhamdulillah logo saya dipilih walaupun ramai lagi yang try mencuba nasib, anda boleh lihat di sini. Di bawah ini adalah logo yang telah dipilih oleh beliau.

Yesbos Resources

Penyertaan ini bukan lah kali pertama saya sertai, saya juga ada mencuba satu pertandingan untuk design logo bagi hosting provider iaitu IQHoster yang juga telah diadakan di forum WangCyber, lihat di sini. Dari kemenangan ini, owner IQHoster telah meminta pula saya untuk design banner affiliate mereka. Di bawah ini adalah logo and affiliate banner yang saya design untuk IQhoster.

IQHoster

Sebenarnya bukan hadiah dan wang sahaja yang saya dapat dari 2 perkara di atas ini tetapi pengalaman dan ilmu juga saya perolehi. Ini lagi bernilai untuk saya. Selepas ini jika ada lagi contest or khidmat design logo saya pasti akan mencubanya hihi. Percaya lah pada diri sendiri, you can do it too!

ps: Thanks to kak lynn and bunnyrich
pss: Kepada mereka yang memerlukan khidmat design boleh hubungi saya hihi

Photo Design - Adi & Linda

8 Jul 2008 In: Graphic @ Mizha2u, Love n Life @ Mizha2u |

Adi & Linda

Just want to share a picture that i design for my friends. Picture ni telah di jadikan hadiah untuk majlis perkahwinan kedua mempelai di atas. For Adi and Linda Selamat Pengantin Baru from me hihi. Enjoy

ps: Sebenarnya mereka tidak mengenali akan diriku ini hihi, just menolong kawan sahaja.

Tentang AmmarZahar

4 Jul 2008 In: Review @ Mizha2u |

Hari ini saya ingin menulis sedikit review tentang AmmarZahar author bagi blog PerniagaanInternet.com. Mungkin anda belum kenal lagi siapa AmmarZahar ini. Jadi apa kata anda try singah ke blog PerniagaanInternet.com bagi mendapatkan maklumat yang lebih lagi.

ok apa yang cuba saya sampaikan di sini adalah berkenaan dengan blog si AmmarZahar ni. Apa yang menarik adalah blog dia ni baru sahaja di create (kalau tidak silap la) tetapi post-post dan article-article dalam blog ini amat menarik untuk di baca. Keseluruhan blog dia ni memaparkan maklumat yang lebih kepada Perniagaan Internet jadi banyak lah post-post yang menarik untuk anda menambahkan lagi ilmu tentang Ebiz. Walaupun masih baru di arena online tetapi percaya lah si AmmarZahar ni sudah pun mempunyai pengalaman di arena offline. Buktinya?? hihi tidak lama lagi dia akan melancarkan 1 produk baru iaitu “Rahsia Squeeze Page” dan rahsia ini akan dia berikan secara PERCUMA (hihi baru online dah dapat create product sendiri dasyat tu). Jika anda mahukannya subscribe kan lah diri anda di blog dia ni. Hmm bercakap tentang subscribe saya baru teringat yang anda juga boleh mendapatkan pelbagai produk MRR dengan percuma di ruangan FREE tetapi anda perlu subscribe dahulu untuk mendapatkan password bagi aksess percuma ini. Saya rasa banyak lagi yang akan AmmarZahar ingin tawarkan di masa akan datang jadi cepat lah rebut peluang ini. hihi

Jadi ini lah sedikit sebanyak tentang AmmarZahar atau nama sebenarnya Muhammad Ammar bin Zaharudin. Tidak rugi jika anda support our local IM seperti AmmarZahar ni sebab jika bukan kita yang menyokong, mungkin kita akan kekurangan IM di Malaysia ni. Jika anda newbie seperti saya dan AmmarZahar ini teruskan pembelajaran dan kongsi-kongsikan lah ilmu yang ada untuk memantapkan dan memajukan diri. Buatlah sesuatu bukan kerana duit tetapi kerana ilmu. Untuk maklumat lanjut sila layari blog AmmarZahar di PerniagaanInternet.com.

ps: Ini sahaja dari saya AmmarZahar, hope anda suka lah hihi..

Preview Minisite Tempates

1 Jul 2008 In: Graphic @ Mizha2u |

Sudah lama saya tidak post sesuatu di blog ini. Saya sekarang masih lagi sibuk dengan kerja-kerja saya yang masih pending. Baiklah tujuan post ini ditulis adalah untuk memaklumkan bahawa saya sudah sampai ke peringkat terakhir untuk mengeluarkan Pakej Minisite Templates yang saya beritahu pada post sebelum ini. Di sini juga saya akan paparkan sedikit preview dari web jualan yang baru sahaja siap.

Minisite

Pakej ini akan dibuka pada minggu hadapan, itu pun jika saya tidak mempunyai sebarang masalah lagi hihi. Sedikit maklumat tentang pakej ini adalah, Pakej Minisite Templates ini akan di sertakan dengan Bonus yang menarik dan harganya juga amat berpatutan sekali. Tidak rugi jika anda mendapatkan pakej ini nanti.

ps: Banyak betul kerja yang perlu disiapkan huhu.

Subscribe to Feeds


Inginkan update terkini terus ke email anda? Sila masukkan email anda (Percuma)




TwitterCounter for @miziology

Hot Product