Mizha2u.com Team | IT & Cinta are 2 different things
Hari ini saya cuma nak share sedikit info mengenai designing, baru-baru ni saya ada mencuba design satu logo untuk web Yesbos Resources di forum WangCyber. Owner Yesbos ni ada request untuk forumer design logo and dia akan pilih mana logo yang menarik untuk dijadikan official logo bagi web beliau ni. Alhamdulillah logo saya dipilih walaupun ramai lagi yang try mencuba nasib, anda boleh lihat di sini. Di bawah ini adalah logo yang telah dipilih oleh beliau.

Penyertaan ini bukan lah kali pertama saya sertai, saya juga ada mencuba satu pertandingan untuk design logo bagi hosting provider iaitu IQHoster yang juga telah diadakan di forum WangCyber, lihat di sini. Dari kemenangan ini, owner IQHoster telah meminta pula saya untuk design banner affiliate mereka. Di bawah ini adalah logo and affiliate banner yang saya design untuk IQhoster.
Sebenarnya bukan hadiah dan wang sahaja yang saya dapat dari 2 perkara di atas ini tetapi pengalaman dan ilmu juga saya perolehi. Ini lagi bernilai untuk saya. Selepas ini jika ada lagi contest or khidmat design logo saya pasti akan mencubanya hihi. Percaya lah pada diri sendiri, you can do it too!
ps: Thanks to kak lynn and bunnyrich
pss: Kepada mereka yang memerlukan khidmat design boleh hubungi saya hihi
Leave a reply