• Utama
  • Tentang Mizha
  • Ucapan Cinta
20
May
5M-The Main Ingredients for Love ;)
Tiada Komen | Hani a.k.a Lovepetals

Hmm..apa kena mengena tabiat makanan 5M tu dengan cinta ye? Maaf, ini bukan 5M tabiat makanan yang anda fikirkan. Jika anda mencari info tentang 5M itu, anda sudah silap blog. 5M yang I maksudkan adalah Menyayangi, Mencintai, Mengingati, Merindui & Menghormati. Menyayangi adalah asas dalam perhubungan cinta kerana cinta dibina dari kasih sayang tetapi tidak semua perasaan sayang akan menimbulkan rasa cinta seperti sayang kepada kawan-kawan & keluarga. Cinta & sayang adalah perasaan yang berbeza. Rasa cinta yang dibina dari perasaan sayang boleh jadi akan hilang atau mati jika tidak dijaga tetapi perasaan sayang itu mungkin akan kekal. (Bercakap dari pengalaman hihi) Contohnya perhubungan di antara 1 pasangan yang rasa cinta mereka semakin hilang kerana tiada keserasian, bosan & macam-macam lagi. Tetapi sayang itu tetap ada kerana perasaan sayang itu hanyalah sayang kepada seorang kawan.

Berbalik semula pada sayang kepada pasangan kita. Macam yang I cakap tadi, sayang adalah asas kepada cinta. Cinta takkan wujud tanpa sayang. Tetapi sayang pada orangnya sahaja tidak mencukupi untuk mendapatkan kebahagiaan dalam sesuatu perhubungan. Kita kena sayang juga pada perkara perkara lain yang berkaitan dengan dirinya. Yang paling penting sekali adalah keluarganya walaupun akan mengambil masa tapi kita kena berusaha. Yang kedua adalah barang-barang atau haiwan peliharaan yang si dia sayangi. Apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya kita mesti lah belajar untuk menyayanginya kerana jika tidak, akan timbul masalah dalam perhubungan. Contohnya jika si dia ada membela kucing & anda pula tidak suka, bila kucing tu datang bergesel-gesel pada kaki anda, anda pun menendang kucing tu. Kebetulan pula si dia ternampak. Kantoi! Aduhh.. bayangkan perasaan si dia pada masa itu. Tentu lah perang saudara akan berlaku! Begitu juga lah jika anda tidak suka kepada keluarganya sedangkan si dia amat menyayangi keluarganya. Tentu lah si dia makan hati dengan sikap anda dan berbelah bagi antara anda & keluarganya. Ini sudah tentu akan menjadikan anda & si dia tidak senang hati & pergaduhan akan timbul.

Jadi belajar lah untuk menyayangi perkara-perkara yang berkaitan dengan dirinya supaya si dia berasa hidupnya dihargai & dihormati selagi perkara-perkara itu tidak memudaratkan dirinya & juga anda. Anda juga sudah tentu ingin dilayan seperti itu bukan? Jika anda ingin diri anda dilayan dengan baik, layanlah si dia juga dengan baik. Perkara yang terbaik adalah belajar berkongsi minat terhadap apa jua jadi kedua-dua pihak akan berasa seronok untuk melakukannya bersama-sama. Bahagia juga akan lebihhh dirasai dalam perhubungan.  So guys, that’s all for now. Hope you enjoy my thoughts Stay tune with Mizha2u untuk mengetahui tentang 5M yang seterusnya yang sedikit sebanyak mungkin akan membantu mencapai kebahagiaan dalam perhubungan anda. Hope you enjoy friends!


Hantar MaklumBalas

    Jom Follow Kami di Twitter
    • Tempah Iklan Tempah Iklan
    • Tempah Iklan Tempah Iklan

    Nukilan Hati

    • Salam Ma’al Hijrah 1430 dan Tahun Baru 2009
    • Mizha2u V2 Dengan Enjin WP 2.7
    • Photo Design - Adi & Linda
    • 5M-The Main Ingredients for Love ;) Part 2
    • Untungnya Mempunyai Kawan

    Maklumbalas

    • paklan:salam, marilah kita sama-sama
    • samdaddycool:tu la pasal.. 'kabel' adalah f
    • Muaz Hadi:Biar aku jadi org pertama wish
    • Mizi a.k.a Miziology:tu la..tp samdaddycool, bukan
    • samdaddycool:... huissshhh ni salah guna ku

    Arkib

    • December 2008
    • July 2008
    • June 2008
    • May 2008
    © Hakcipta Terpelihara Mizha2u.com 2008. Develope by Mizha Art Lab | Log in